BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 17 May 2011

SENYUM :)



Tahulah sahabat-sahabatku senyuman adalah satu anugerah yang sangat bernilai dari Allah s.w.t. ianya mampu mengubati keadaan otak serabut ketika penat bekerja. Senyuman ini mudah sahaja malah ianya merupakan satu sedekah yang boleh mendatangkan pahala bagi mereka yang mengamalkannya. Senyuman ini merupakan satu senaman dalaman yang baik dan ianya juga dapat merangsangkan tubuh badan kita serta  memberi manfaat yang besar untuk sistem otak dan saraf manusia.

Mulakan lah hari dengan senyuman kerana senyuman bukan sahaja mampu menjadikan diri kita ceria malah ianya mampu melancarkan perjalanan aliran darah. Kita akan merasa selesa jika kita senyum dan mengelakkan diri dari sifat negatif seperti marah. Ada kajian mengatakan jika kita senyum dalam sehari kita telah bersenam selama 10 minit bukan kah ini sangat baik untuk kesihatan diri kita.

Penyakit jantung adalah salah satu penyakit yang serius kesan daripada tekanan dalam diri yang tidak dapat di kawal oleh manusia. Senyum lah jika kita ingin mengelakkan ganguan masalah jantung dan menghilangkan masalah kemurungan dan “strees” tersebut. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit kronik. Senyum ini tidak memerlukan modal cukuplah hanya dengan sekelumit rasa ikhlas yang mampu memaniskan senyuman itu. Senyuman ini mampu menyerikan hati insane lain dan ianya juga mampu menyejukkan hati orang yang sedang marah. Malah ia juga mampu memulakan sebuah ikatan persahabatan. Bukan kah ini baik… kita boleh dapat ramai kawan baru hanya dengan cara melemparkan senyuman.

Senyum ini mudah untuk dilakukan hanya sedetik sudah mampu untuk merubah bibir menjadi senyuman. Tetapi sekarang susah untuk lihat orang senyum baik di pejabat, sekolah.rumah, dalam kereta, bas, atau dimana sahaja senyuman sudah semakin hilang dalam diri manusia. dengan muka yang bengis, dahi berkerut muram garang dan membuatkan orang lain merasa gerun untuk melihat.

Senyuman ini adalah satu anugerah yang sangat indah dari Tuhan Yang Maha Pencipta. Tetapi sayang anugerah ini sudah tidak bernilai lagi di hati manusia… kan seronok kalau semua orang mampu senyum dan ini boleh membuatkan kehidupan ini lebih bahagia dan indah. Hidup kita akan lebih indah dan tenteramkan bila kita melihat banyak senyuman di sekeliling kita?? Senyum ini mampu merubah kita menjadi seorang hebat dalam hidup ini tetapi ramai manusia yang tidak sedar dan mengabaikannya, bukankah ini sangat rugi. Senyum ini bagi saya mampu memulihkan minda, otak, hati dan perasaan saya dari sifat marah malah jiwa saya menjadi tenang. Hati yang sakit dan terluka juga mampu pulih buat seketika.

Senyum ini sederhana tetapi ianya sungguh hebat
Ianya kecil sahaja tetapi sungguh bermakna buat manusia
Ianya sangat mudah tetapi sangat berharga
Marilah kita senyum
Menikmati keindahan hidup
Yang diberikan oleh Allah Maha Pencipta.







0 comments: