BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 17 May 2011

MARAH!!!!!!

Sifat marah berasal dari sifat sombong, bongkak, ego kerana marah yang melampau. Mereka yang memiliki sifat sombong kebiasaannya adalah seorang pemarah dan mereka kebanyakannya tidak boleh menahan diri dari sifat tersebut. Mereka yang tinggi diri mudah memiliki sifat ini. Ianya kerana mereka merasakan diri mereka bagus dan lebih baik dari orang lain. Sifat marah ini perlu dibuang dalam diri manusia agar ianya tidak memakan diri sendiri satu hari nanti. Ubatilah hati dengan melakukan perkara yang boleh menghilangkan marah seperti belajar untuk memiliki sifat malu dan segan terhadap Allah kerana ia merupakan perbuatan yang biadab. Hendaklah juga sedar diri bahawa kita adalah manusia yang hina banyakkanlah mendiamkan diri dan berdoa kepada yang Maha Esa agar di jauhkan dari sifat tersebut.

Sifat marah ini akan membawa kepada permusuhan dan perbalahan sesame manusia sehingga menimbulkan dendam di hati orang lain. Lagi pun kan tidak cantik kalau marah?? senyum kan lebih baik, manis bila dilihat dan dipandang orang. Hendaklah sentiasa membaca Ta’awwuz kerana marah itu datangnya dari syaitan durjana. Ambil wuduk jika tidak mampu menahan marah yang membara ini kerana wuduk mampu menghilangkan perasaan marah tersebut.

Kita juga boleh tidur dan merehatkan diri kerana tidur itu adalah satu ketenangan yang abadi dan mampu melupakan perasaan marah tersebut. Ingatlah setiap yang kita marahkan itu datangnya dari Allah. Kerana Dia lah yang menciptakan dan memberikan kita perasaan itu. Jika kita tidak mampu menahan kemarahan berbicara lah dengan baik dan lemah lembut agar orang itu mampu menerimanya. Marah ini bukan boleh menyelesaikan masalah tapi makin meenyusahkan diri sahaja.

Setiap orang pastinya mempunyai sifat marah. Tapi sejauh mana seseorang individu itu mampu mengawalnya dalam hidup seharian. Sifat marah lahir mungkin kerana tidak puas hati pada sesuatu atau mungkin juga seseorang itu memang hobinya suka marah orang lain. Sifat marah ini perlu ada dalam diri seseorang individu tetapi ianya perlu dikawal dengan menggunakan akal yang bijak bukan mengikut hawa nafsu semata-mata. Tidak ramai manusia mampu mengawalnya tetapi tidak mustahil. Mahu atau tidak sahaja.

Sebagai manusia normal kita perlu juga marah agar orang lain tidak mudah pijak kepala kita. Andai kita baik sangat pun masalah juga. Seolah-olah kita  ini macam tidak mempunyai perasaan pulak nanti. Jika orang marah tegurlah dengan cara yang baik. Tapi andai mereka masih marah dan melampaui batas kemanusiaan. Wajarkah kita memaki mereka sama seperti mereka marahkan kita…….………oh tidak, diam lagi baik dari membalas.. Ianya bukan bererti kita kalah tapi kita seorang yang menang tidak perlu untuk orang lain tahu. Cukuplah sekadar diri kita faham akan niat kita….. andai kita buat pilihan untuk melawan maka sedialah kita pasti akan menghadapi masalah yang lebih teruk dari keadaan pada masa itu….. amalkanlah prinsip berdasarkan yang boleh membantu kita dalam mengukuhkan hubungan bukannya menambahkan luka dan dendam yang telah ada….
“ (termasuk kalangan orang yang bertakwa ialah) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik” – surah Al-Imran: 134



Jadi renungkanlah. Agar kita menjadi hambanya yang penyabar
dalam mengawal nafsu marah agar tidakmembinasakan
diri kita satu hari nanti…





0 comments: