BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 17 May 2011

KASIH IBU



Semua orang di dunia ini mempunyai ibu, macam-macam gelaran yang digunakan ada yang panggil ibu, mama, mami, mak umi dan macam-macam lagi panggilan. Maknanya semua sama iaitu seorang insan yang melahirkan, menyusukan, membesar, menddik, mengasuh dan lain-lain perkataan yang sesuai. Mereka di ajar untuk menjadi seseorang yang berguna pada masyarakat. Disebalik nama tersebut tersembunyi  satu titik pengorbanan yang amat sukar di cari ganti. Semakin maju arus permodenan makin ramai manusia yang mula melupakan jasa ibu. Ibu sering di anggap menyusahkan anak-anak tapi seorang ibu tidak pernah merasa susah untuk membesarkan anaknya.

Perasaan kasih sayang ibu terhadap anak tidak dapat digambarkan melalui kata-kata kerana ia merupakan kurniaan Allah yang amat besar yang diberikan khas buat wanita yang bergelar ibu. pahit, manis, susah, senang ketika ibu mengandung dan membesarkan anak-anak tidak dapat dibayangkan oleh setiap anak melainkan mereka telah berkahwin dan menjadi ibu. penghormatan yang amat istimewa telah diberikan untuk insan yang bergelar ibu berbanding dengan bapa.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim: ada seorang lelaki telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w., lalu dia bertanya: wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati? Baginda menjawab: ibu mu. Lelaki itu bertanya lagi: kemudian siapa? Nabi menjawab: ibumu. Lalaki itu terus bertanya: kemudian siapa? Nabi menjawab: ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: kemudian siapa? Nabi menjawab: kemudian bapamu.

Bertapa mulia nya kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Baginda telah meletakkan ibu di kedudukan yang ketiga selepas Allah dan baginda. Di sini dapatlah dikatakan ibu adalah insane yang wajib di taati dan dihormati oleh seorang anak. Ada perpatah mengatakan bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. jika kita menghormati ibu insya’Allah kita akan mendapat keredhaan yang amat besar dari Allah. Jangan lah kita menyakiti hati ibu kita dengan perkataan yang tidak elok. Gunakanlah perkataan yang baik agar tidak menguris dan melukan hati ibu. balasan yang amat berat akan dikenakan oleh allah kepada orang yuang menderhaka terhadap ibunya.

Rasulullah bersabda: 3 manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya dan perempuan yang menyerupai lelaki. Apabila seorang ibu itu telah meningkat usia mereka memerlukan penjagaan, pemerhatian, kasih sayang yang lebih dari anak-anak mereka.

Ibu bapa  adalah orang yang wajib kita hormati dan taati. Hendaklah anak-anak mentaati suruhan mereka selagi tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar. Jangan lah mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua  kerana ia di anggap sebagai derhaka. Sesungguhnya menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun mereka adalah seorang yang kuat beribadat kepada Allah. Allah tidak akan menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa. Rasulullah telah bersabda dalam satu hadis: keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua-dua ibu bapa.ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah juga turut meredhai nya. Sebaliknya, jika mereka derhaka, Allah juga memurkai mereka.

Hendaklah kita sedar bahwa tanpa ibu bapa kita tidak akan wujud dan lahir di dunia ini. Oleh itu, hendaklah kita sebagai anak sentiasa mendoakan mereka selepas solat. Jika mereka masih hidup berilah layanan dengan sebaik mungkin. Akan tetapi jika ibu bapa telah tiada hendaklah kita menziarahi tanah perkuburan mereka di samping mendoakan kesejahteraan mereka. Banyakkanlah melakukan kebajikan seperti sedekah dan niatkanlah untuk arwah ibu bapa yang telah tiada mudah-mudahan Allah menerimanya.

Berbagai kempen kesedaran telah dilakukan oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat bertapa bernilai dan berharganya insane yang bergelar ibu. marilah kita bersama-sama menyahut kempen tersebut sayangilah ibu dengan setulus hati….  Sebagai anak kita tidak mampu membalas jasa kedua ibu bapa. Maka marilah kita sedar dan menginsafi betapa beruntung nya kita kerana memilki ibu bapa yang menyayangi kita. Balas kasih sayang mereka dengan berbuat baik dan menjaga mereka dengan sebaik nya. Lindungilah mereka, tempatkanlah mereka di hati kita. Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan sentiasa mendoakan mereka di dunia dan di akhirat. Amin. Selamat hari ibu. sayang ibu…….. muah muah muah……..

0 comments: